Subscribe Twitter Facebook

-

All life is an experiment. The more experiments you make the better.

Monday, June 14, 2010

Seminar Super Teaching oleh Dr.Shukri Abdullah



"IF STUDENTS DO NOT LEARN THE WAY WE TEACH, THEN LET US TEACH THE WAY THEY LEARN"


Pada 15 Mei 2010 bertempat di Dewan Seri Lanang MRSM PDRM Kulim saya telah menghadiri satu seminar yang dikendalikan oleh Kelab Guru MRSM PDRM. Seminar ini bertajuk 'Super Teaching'.
Misi seminar ini adalah untuk menaikkan kualiti institusi pendidikan dan meletakkannya sebagai pusat kecemerlangan.
Seminar yang dikendalikan sepenuhnya oleh Dr.Shukri Abdullah ini adalah bertujuan untuk membantu guru-guru supaya menjadi tenaga pengajar yang lebih baik dan berkesan. Guru-guru juga diajar bagaimana untuk menangani pelajar dengan lebih bijaksana dan efektif.

Melalui seminar ini, saya telah banyak belajar menangani pelajar-pelajar saya di dalam kelas. Sepanjang seminar ini, banyak yang dipelajari kerana apa yang disampaikan tidak bersifat akademik atau teoretikal. Bahan-bahan yang disampaikan saya telah gunakan semula di dalam proses P&P.

No comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger